“Walaupun kami tidak nampak, tapi kami juga ingin belajar mengaji dan mendalami ilmu agama seperti yang lain”
Begitulah keluhan mereka dari komuniti OKU Penglihatan yang ingin mempelajari ilmu agama seperti mana mereka yang celik.
Namun, disebabkan keterbatasan yang dihadapi, mereka terpaksa memendam hasrat tersebut.
Jadi, atas inisiatif kami di Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), kami mengambil tanggungjawab untuk:
- Mendidik dan memulihkan semula mereka yang baru menjadi buta kepada Islam
- Memberi pendidikan al-Quran dan ilmu agama bagi meneruskan kehidupan dan menjalankan ibadat secara sempurna
Atas sebab itulah, kami perlukan ruang kelas & operasi dengan membeli bangunan sendiri, supaya usaha ini dapat diteruskan dan tiada golongan OKU Penglihatan yang ketinggalan.
KENAPA KAMI PERLU BELI/ADAKAN KEMPEN BANGUNAN INI?
Dengan penambahan ahli dan penambahan aktiviti dakwah dan pendidikan kepada komuniti OKU Penglihatan, PERTIS terpaksa menyewa sebuah lagi pejabat yang bertempat di Brickfields.
Pejabat di Gombak digunakan bagi tujuan urusan pentadbiran, manakala pejabat di Brickfields pula bagi tujuan percetakan al-Quran serta segala aktiviti-aktiviti dakwah kepada komuniti OKU Penglihatan.
Walaupun begitu, PERTIS masih lagi perlu menyewa kelas dan dewan bagi menjalankan aktiviti dakwah kepada komuniti OKU Penglihatan kerana ruang yang sedia ada tidak mampu menempatkan jumlah peserta yang ramai.
SASARAN DANA
Pihak Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) sedang berusaha untuk mengumpulkan dana sebanyak RM4,000,000.00.
Berikut adalah pecahan kos yang diperlukan :
* Kos pembelian bangunan lot kedai 4 tingkat yang bakal menjadi pusat dakwah OKU Penglihatan, kelas al-Quran braille, kelas-kelas agama, perpustakaan untuk komuniti OKU Penglihatan dan pejabat pentadbiran PERTIS (RM 3,000,000.00)
* Kos pengubahsuaian bangunan (RM 1,000,000.00)
=======
BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?
Untuk memudahkan urusan tuan puan untuk menyumbang, pihak kami telah menyediakan platform yang mudah untuk menyumbang dengan beberapa pakej yang menarik di bawah.
PAKEJ 5 = RM500
PAKEJ 4 = RM300
PAKEJ 3 = RM100
PAKEJ 2 = RM50
PAKEJ 1 = RM30
*Pakej-pakej ini telah meliputi tajaan pembelian, pengurusan dan pengubahsuaian. Pakej-pakej ini hanya dijadikan bahan rujukan. Sumbangan dana adalah tidak terhad.
اِنَّ الْمُصَّدِّقِيْنَ وَالْمُصَّدِّقٰتِ وَاَقْرَضُوا اللّٰهَ قَرْضًا حَسَنًا يُّضٰعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ اَجْرٌ كَرِيْمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan (balasannya) bagi mereka; dan mereka akan mendapat pahala yang mulia.
(Surah Al-Hadid: Ayat 18)
========
Untuk sumbangan secara manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In ke Akaun di Bawah:
Nama Bank : AMBANK
Nama Akaun : PERSATUAN ORANG-ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA (PERTIS)
No Akaun : 8881035137923
Letakkan rujukan “Dana Bangunan” untuk mudahkan pihak kami untuk membuat pengasingan dana.
*p/s: Setiap sumbangan melebihi RM50 adalah layak untuk mendapatkan resit pengecualian cukai.
0 Donors
Not Found